Carian
Tencent Bersetuju Mengambil-Alih Supercell, Penerbit Permainan Clash of Clans
June 21, 2016 Aman

Tencent telah diperkatakan bakal mengambil-alih Supercell sejak beberapa minggu lepas, dan kini ia dilaporkan mereka telah pun bersetuju untuk mengambil-alih majoriti pegangan pada Supercell daripada SoftBank. Sebelum ini, ia diperkatakan Tencent berbincang untuk mengambil-alih Supercell pada nilai $9 bilion.

Supercell

Tencent merupakan salah satu syarikat internet gergasi, dan terkenal dikalangan ramai dengan aplikasi WeChat mereka. Tencent turut memfokuskan kepada arena permainan, dan turut memiliki permainan League of Legends.

Dengan pengambil-alihan Supercell, ia membolehkan mereka memperluaskan portfolio mereka, disamping terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena mudah-alih dan juga permainan.

Supercell merupakan salah satu penerbit permainan mudah-alih yang terkenal dengan permainan Clash of Clans, Clash Royale, Hay Day dan juga Boom Beach.

Komen