Korea Selatan Ingin Mengharamkan Majikan Menghubungi Pekerja Di Luar Waktu Pejabat

Korea Selatan Ingin Mengharamkan Majikan Menghubungi Pekerja Di Luar Waktu Pejabat

Diterbitkan pada June 27, 2016 oleh .

Teknologi yang wujud sekarang memudahkan komunikasi dan mempercepatkan proses kerja berbanding dua dekad yang lalu. Tetapi ianya serampang dua mata yang turut menyebabkan bebanan kerja bertambah. Majikan mahu kerja dilakukan dengan lebih pantas dan pekerja dihubungi di luar pejabat menggunakan aplikasi pemesejan. Kerajaan Korea Selatan menyedari masalah pekerja melebihi masa tanpa bayaran dan gangguan majikan menggunakan aplikasi pemesejan popular KaKao Talk.

Kakao TalkRang undang-undang baru kini akan digubal bagi menyelesaikan masalah pekerja moden ini. Majikan akan diharamkan dari menghubungi pekerja selepas jam lapan malam sekiranya ianya diluluskan. Pengharaman adalah secara menyeluruh melibatkan telefon, aplikasi pemesejan, SMS dan media sosial. Korea Selatan ialah antara negara dengan waktu bekerja tahunan paling panjang iaitu 2124 jam. Secara purata mereka juga bekerja 11 jam diuar waktu pejabat kerana tekanan majikan.

Di Malaysia penjawat awam sudahpun merungut mengenai majikan yang menghubungi mereka menggunakan WhatsApp. Perancis sudah memulakan langkah yang sama seperti Korea Selatan Untuk mengharamkan majikan menghubungi pekerja. Adakah anda mengalami tekanan yang sama oleh majikan sejak menggunakan peranti pintar? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

 


TIPS & ULASAN