Cari @ Amanz

Kegilaan menggunakan papan apung hoverboard kini mungkin sudah terhenti. Ini adalah kerana pelbagai kes kebakaran yang berlaku disebabkan penggunaan bateri yang tidak selamat di dalamnya. Akibatnya hoverboard diharamkan dari dimasukkan ke dalam pesawat dan penjualannya secara terbuka mula merosot.

HoverPowered Papan Apang Hover 1Kepada pemilik hoverboard yang mungkin tidak lagi bermain dengan kenderaan bermotor ini, kini wujud aksesori yang boleh mengubahnya menjadi sebuah go-kart. HoverKart hanya perlu diikat pada kawasan berdiri hoverboard dan sekaligus mengubahnya menjadi sebuah kenderaan beroda tiga. Aksesori ini sedang mengumpul dana untuk jualan komersial dan boleh ditempah pada harga $100 (~RM410) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd