HTC Menjanjikan Android Nougat Akan Hadir Ke HTC 10, HTC One A9 Dan HTC One M9
HTC

HTC Menjanjikan Android Nougat Akan Hadir Ke HTC 10, HTC One A9 Dan HTC One M9

Diterbitkan pada July 1, 2016 oleh .

Pada bulan Mei lepas, pihak HTC sedia mengatakan peranti mereka bakal memperkenalkan kemaskini Android N untuk beberapa peranti mereka. Kini, dengan Google secara rasminya memperkenalkan nama Android 7.0 sebagai Nougat, pihak HTC sekali lagi menekankan perkara berkenaan.

HTC Android Nougat

HTC mengatakan peranti HTC M10, HTC One A9 dan juga HTC One M9 akan menerima Android 7.0 Nougat.

Tiada sebarang tarikh diberikan oleh HTC buat masa ini. Sebelum ini mereka menjanjikan bakal memperkenalkan kemaskini dalam tempoh 90 hari sejak versi akhir Android dikeluarkan, dan mungkin kita boleh menyasarkan perkara sama untuk kemaskini Android Nougat ini kelak.


TIPS & ULASAN