Cari @ Amanz

OnePlus merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang mempunyai peminatnya tersendiri. Seperti pengeluar telefon pintar lain, pihak OnePlus turut pernah membangunkan jam tangan pintar tersendiri, tetapi ia tidak pernah direalisasikan.

Berkongsi di Twitter, Carl Pei baru-baru ini telah berkongsi gambar lakaran untuk jam tangan OnePlus mereka yang tidak pernah hadir sebagai produk akhir.

OnePlus Watch

Melalui lakaran yang diperlihatkan, OnePlus memperlihatkan mereka pernah hadir dengan idea jam tangan pintar dengan rekaan berbentuk bulat sekitar tahun 2015 lepas. Ia hadir dalam tiga bahagian, iaitu bingkai, tali jam, dan juga peranti jam tangan berkenaan tersendiri. Lakaran kasar juga memperlihatkan kebolehan menukar tali jam dengan mudah mengikut kegemaran pengguna.

Ia tidak diketahui mengapa produk mereka dibatalkan sebelum ini. Berkemungkinan adalah kerana pasaran jam tangan pintar masih terlalu baru dan permintaannya tidak begitu tinggi lagi buat masa ini.

Bagi anda, sekiranya jam tangan pintar daripada OnePlus ini direalisasikan, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd