Carian
Maxis Kini Menawarkan QQ Smart Watch Bersama Pelan MaxisONE Kid Pada Langganan RM38 Sebulan
July 10, 2016 Aman

Pada bulan Mei lepas, pihak Tencent telah membawa masuk jam tangan pintar untuk kanak-kanak mereka yang dinamakan sebagai QQ Watch. Ia hadir dengan sokongan data dan telefon, bagi memudahkan para ibu bapa memantau lokasi semasa anak-anak mereka dengan mudah.

MaxisONE KidKini, selang beberapa bulan, Maxis telah mula menawarkan peranti berkenaan melalui sebuah pelan baru yang dinamakan sebagai pelan MaxisONE Kid.

MaxisONE Kid ditawarkan pada harga langganan RM38 sebulan bagi mereka yang mempunyai langganan MaxisONE 98 dan ke atas, atau RM58 untuk mereka yang tiada langganan tersebut. Melalui MaxisONE Kid, ia hadir dengan pakej data 500MB, panggilan tanpa had kepada 10 nombor pilihan (semua rangkaian), dan sokongan permesejan suara.

Kad SIM yang hadir bersama MaxisONE Kid ini hanya terhad untuk digunakan bersama jam tangan pintar QQ Watch ini sahaja, dan tidak boleh digunakan bersama peranti lain. Pakej ini turut hadir dengan kontrak selama satu tahun.

Bagi anda yang tidak mengenali jam tangan QQ Watch ini, ia hadir dengan sokongan GPS dan rangkaian selular bagi membolehkan ibu bapa memantau lokasi semasa anak mereka, disamping turut boleh membuat panggilan dengan hanya menekan satu butang khusus. Ia turut hadir dengan kamera 3-megapixel, bateri bertahan sehingga 5 hari dan integrasi dengan WeChat.

QQ Watch

QQ Watch

Komen