Cari @ Amanz

Xiaomi Redmi Note 3 ialah peranti paling popular di Malaysia pada suku pertama 2016 menurut Antutu. Kami tidak terkejut dengan kedudukannya yang tinggi kerana ia mungkin peranti paling berbaloi untuk dimiliki di pasaran. Sunggguhpun popular peranti keluaran Xiaomi ini agak sukar dimiliki kerana kerap kehabisan stok. Bagi yang gemar mencuba sebelum membeli, ketiadaan kedai fizikal Xiaomi menyukarkan mereka berfikir dua kali untuk membeli.

Xiaomi Plaza LowyatXiaomi kini mempunyai perancangan membuka 1000 kedai dalam masa dua tahun untuk menjual produk keluaran mereka. Ia tidak terhad kepada peranti pintar tetapi turut menjual televisyen, penapis air, penapis udara dan periuk nasi pintar keluaran mereka. Buat masa perancangan terhad kepada negara China sahaja.

Ketiadaan kedai fizikal ini adalah penyebab mengapa peranti Xiaomi dijual pada harga lebih murah dari pesaing. Tiada kos tambahan untuk membayar sewa dan menggaji pekerja yang perlu ditanggung. Tetapi nampaknya dengan jumlah produk yang semakin banyak, membuka lebih banyak kedai sendiri (jumlahnya masih kecil berbanding pengeluar lain)  ialah strategi yang baik. Sekiranya kami mahu membeli TV mereka, kami mahu melihat kualiti gambar terlebih dahulu. Perlukah Xiaomi membuka kedai di Malaysia? Adakah anda berminat dengan idea ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd