Gambar Xiaomi Redmi Note 4 Tertiris – Dilengkapi Kamera Berkembar

Gambar Xiaomi Redmi Note 4 Tertiris – Dilengkapi Kamera Berkembar

Diterbitkan pada July 12, 2016 oleh .

Xiaomi Redmi Note 4 dijangka dilancarkan secara rasmi Ogos ini. Antara ura-ura yang didengari ialah ia akan dilengkapi skrin yang lebih besar dari 5.5″ yang digunakan pada model-model terdahulu. Turut didengari ialah penggunaan Snapdragon 652 dan RAM sebesar 3 Gigabyte. Gambar yang dikatakan Redmi Note 4 tertiris hari ini dan agak mengejutkan ia dilengkapi kamera berkembar.

Xiaomi-Redmi-Note-4-leak-2

Sebelum ini hanya ura-ura Mi5S akan dilengkapi kamera berkembar dan bukannya peranti ini. Tubuh masih lagi diperbuat daripada logam. Lubang untuk pengimbas cap jari pada panel belakang kini menjadi tempat untuk kamera kedua. Besar kemungkinan sistem pengimbas cap jari akan dipindahkan ke hadapan seperti pada Mi5.


TIPS & ULASAN