Cari @ Amanz

Lenovo telah memperkenalkan siri telefon pintar Motorola Moto Z dan juga Moto G sebelum ini. Hari ini, mereka menambah satu lagi peranti dibawah keluarga peranti Motorola, iaitu Moto E3 – peranti bajet Motorola untuk tahun 2016.

Moto E3

Moto E3 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD, cip pemprosesan empat-teras, kamera belakang 8-megapixel dan dilengkapi bateri berkapasiti 2800mAh. Secara kasar, ia menawarkan kuasa pemprosesan dan spesifikasi yang menyerupai Moto G Play yang diumumkan tidak lama sebelum ini.

Moto E3 atau Moto E 2016 ini juga hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow – sistem operasi terkini yang jarang kita lihat pada pelbagai peranti bajet di pasaran hari ini. Disamping itu, Lenovo turut menyertakan sokongan anti-comot pada skrin.

Moto E 2016 ini akan dijual di pasaran UK bermula September kelak. Tidak mustahil untuk kita turut melihat Lenovo menawarkan di pelbagai pasaran negara membangun termasuk Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd