Cari @ Amanz

Sekitar 90% peranti di pasaran sekarang berbentuk segi empat tepat dengan sisi dibulatkan. Ini adalah kerana ini rekaan paling mudah dipegang dan optimum bagi sebuah peranti. Jarang sekali pengeluar berani mengubah bentuk peranti mudah alih. Jika wujud sekalipun ia hanya gimik seperti lapan peranti gimik yang kami senaraikan beberapa tahun yang lalu. Keecoo K1 ialah sebuah peranti dengan rekaan unik dari China dan ia dikatakan direka khas untuk pengguna wanita.

keecoo-K1-4Dari segi spesifikasi ia mempunyai skrin 5″ IPS LCD HD, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras MediaTek MT6735P, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan sebesar 16 Gigabyte dengan sokongan MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Kamera belakang sebesar 13 Megapixel dari Sony dan kamera selfie pula sebesar 8 Megpixel. Ia masih menggunakan Android Lollipop dengan pelancar khas rekaan Keecoo.  Bateri yang disertakan pula sebesar 2300 mAh. Tiada maklumat mengenai tarikh dan harga jualan setakat ini.

Keecoo K1 bukan peranti pintar dengan rekaan aneh di pasaran sekarang. Sebelum ini kami ada paparkan telefon pintar berbentuk bulat Runcible dan peranti dengan sistem beroda Pantech Sky IM-100. Adakah anda mahukan lebih banyak peranti pintar dengan rekaan di luar kotak seperti kesemua peranti di atas ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd