ARM Mengesahkan Pengambil-Alihan Oleh Softbank Pada Nilai Mencapai RM127 Bilion

ARM Mengesahkan Pengambil-Alihan Oleh Softbank Pada Nilai Mencapai RM127 Bilion

Diterbitkan pada July 18, 2016 oleh .

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini pihak ARM telah mengesahkan pengambil-alihan syarikat mereka oleh gergasi dari Jepun, iaitu SoftBank. Walaupun melalui proses pengambil-alihan, ARM terus akan beroperasi sebagai syarikat bebas seperti biasa.

ARM merupakan syarikat yang memfokuskan kepada mereka-bentuk cip dan bukannya mengeluarkan ia. Rekaan cip daripada ARM digunakan secara meluas pada pelbagai peranti mudah-alih pada hari ini – termasuk dilesenkan oleh pengeluar seperti Samsung, Apple, Qualcomm dan sebagainya. Tahun lepas sahaja, sebanyak 15 juta cip berasaskan kepada rekaannya telah dikeluarkan. Disamping pada peranti mudah-alih, ARM juga turut mengeluarkan rekaan untuk peranti-berhubung (IOT) dan juga peralatan rangkaian.

SoftBank bersetuju untuk mengambil-alih ARM pada nilai £24.3 bilion (sekitar RM127.87 bilion).

Ahli lembaga pengarah untuk kedua-dua syarikat bersetuju dengan pengambil-alihan ini. Namun, seperti biasa, ia masih tertakluk untuk disahkan oleh pihak berkuasa sebelum pengambil-alihan ini selesai sepenuhnya.

Untuk pihak SoftBank, pengambil-alihan ini akan memberikan mereka lebih kelebihan memandangkan mereka sedia melabur dalam pelbagai syarikat perkhidmatan mudah-alih dan IoT. Penyertaan ARM dibawah portfolio mereka akan lebih memberikan nilai positif terhadap syarikat mereka.


TIPS & ULASAN