Sony Xperia X Performance Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia
Aman
Sony Malaysia telah melancarkan Xperia X, Xperia XA dan juga Xperia XA Ultra tidak lama sebelum ini. Selain ketiga-tiganya, ada antara peminat Sony yang menantikan telefon pintar Xperia X Performance dengan spesifikasi lebih tinggi. Bercakap mengenainya, kini Sony Mobile Malaysia mengatakan ia tidak akan dijual di pasaran tempatan.

Xperia X Performance telah diumumkan pada Mobile World Congress 2016 yang lepas, membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 23-megapixel, selain kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut menawarkan sokongan kalis air seperti beberapa peranti Xperia lain, dan turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian tepi.
https://www.youtube.com/watch?v=HRwBDRtRfQ8
Tiada sebab diberikan berkenaan mengapakah pihak Sony Mobile Malaysia tidak ingin membawa masuknya. Salah satu sebab mungkin kerana harganya. Harga Xperia X sendiri adalah RM2499, dan tidak mustahil kita melihat ia melangkaui angka RM3,000 jikalau dibawa masuk – sekaligus agak sukar bersaing dengan pemasaran Apple dan Samsung.
Disamping itu, terdapat desas-desus mengatakan Sony mungkin memperkenalkan peranti baru mereka pada IFA 2016 kelak, yang mana hanya sekitar sebulan lebih sahaja lagi.
https://twitter.com/SonyXperiaMY/status/755938958362587136
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.