Cari @ Amanz

Model terkini peranti “pakar selfie” dari Oppo iaitu F1S akan dilancarkan 3 Ogos hadapan di India. Jemputan ke acara khas sudah mula dihantar dan ramai yang tertanya-tanya apakah pembaharuan yang bakal diperkenalkan. Ura-ura mengatakan ia akan mengekalkan kamera 16 Megapixel pada bahagian hadapan seperti F1 Plus serta pengimbas jari yang menyahkunci dalam masa 0.22 saat.

Opoo F1S jemputan

Kami berharap sistem pengecasan SuperVOOC yang mengecas bateri dalam masa 15 minit akan turut disertakan. Peminat fotografi mudah alih pula pasti mahu melihat sistem pentstabilan optik empat paksi SmartSensor mereka. Kepada peminat peranti Oppo, apakah fungsi yang anda harapkan wujud pada Oppo F1S?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd