Mufti Pulau Pinang Menyarankan Pokemon GO Difatwakan Haram

Mufti Pulau Pinang Menyarankan Pokemon GO Difatwakan Haram

Diterbitkan pada July 25, 2016 oleh .

Permainan ini belum lagi boleh dimainkan oleh pengguna di Malaysia namun ia masih menjadi perbualan yang hangat minggu lalu. Ketua Polis Negara menegaskan pihak PDRM tidak mempunyai perancangan mengharamkan anggotanya dari memainkan aplikasipopular ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengesahkan permainan ini tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk aplikasi ini memasuki pasaran Malaysia.

Pokemon Go

Pendapat Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula berbeza. Beliau menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan aplikasi ini. Menurut beliau permainan ini mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada pemainnya. Oleh itu fatwa haram adalah wajar diberikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia. Setakat ini sudah berlaku insiden rompakan, kemalangan jalan raya dan kematian dilaporkan akibat aplikasi ini. Apakah pendapat pembaca? Adakah wajar Pokemon GO diharamkan atas sebab lebih banyak mendatangkan mudarat?


TIPS & ULASAN