Cari @ Amanz

VizioLeEco merupakan salah satu jenama popular di China, yang mempunyai pelbagai penawaran – daripada telefon pintar, sehinggalah kepada konsep kenderaan elektrik seumpama Tesla. Hari ini, LeEco membuat kejutan dengan membeli salah satu syarikat pengeluar televisyen popular dari Amerika Syarikat, iaitu Vizio.

LeEco mengambil-alih Vizio pada nilai mencapai $2 bilion, dan mereka akan mengambil-alih bahagian perkakasan dan juga perisian yang digunakan pada televisyen mereka. Buat masa ini, Vizio akan kekal beroperasi sebagai subsidiari berasingan. Selain televisyen, Vizio juga turut mempunyai penawaran produk komputer mereka tersendiri.

Pengambil-alihan ini juga sekaligus memudahkan LeEco membawa masuk produk mereka ke pasaran Amerika Syarikat dengan mudah. LeEco dipetik mengatakan mereka merancang untuk melakukannya dalam masa terdekat selepas pengambil-alihan Vizio ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd