Cari @ Amanz

Ura-ura iPhone 7 tidak akan mempunyai bicu audio sudah didengari sejak akhir tahun lalu. Menurut sumber bicu audio tidak disertakan bagi membolehkan iPhone 7 menjadi peranti pintar paling nipis di pasaran. Kesemua aksesori audio seperti fon telinga akan disambungkan menerusi port Lightning. iPhone 7 bukanlah peranti pertama yang tidak disertakan dengan bicu audio. Sebaliknya Oppo R5 melakukannya terlebih dahulu. Ia adalah satu-satunya peranti tanpa bicu audio sehinggalah LeEco melancarkan tiga peranti mereka beberapa hari yang lalu.

LeEco-LeMax-2LeEco LeMax 2 ialah phablet 5.7″ dengan resolusi 2K. Ia diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4/6 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 21 Megapixel f/2.0 dengan OIS dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia dilengkapi bateri sebesar 3100 mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

LeEco Le 2 pula ialah peranti 5.5″ 1080p yang diperkasakan pemproses MediaTek Helio X20, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 16 Megapixel f/20 PDAF dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh dan menyokong pengecasan pantas.

Akhir sekali ialah  LeEco Le 2 Pro ialah peranti 5.5″ 1080P yang diperkasakan pemproses MediaTek Helio X25, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 21 Megapixel dan kamera hadapan 8 Megapixel. Ia dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh dan menyokong pongecasan pantas.

LeEco-Le-2-ProKetiga-tiga peranti menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan dilengkapi port USB-C sebagai ganti kepada bicu audio. LeEco menyertakan sistem audio CDLA (continuous digital lossless audio) yang menurut mereka memberikan kualiti audio yang lebih baik berbanding bicu 3.5 mm biasa. LeEco LeMax 2 dijual pada harga RMB 2099 (~RM 1261) untuk versi 4 Gigabyte dan RMB 2499 (~RM 1502) untuk versi 6 Gigabyte. LeEco Le 2 pula dijual pada harga RMB 1099 (~RM 660) dan Le 2 Pro pada harga RMB 1499 (~RM 901).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd