Cari @ Amanz

Adakah anda pemilik Microsoft Surface 3 Pro yang menyedari komputer tablet anda mempunyai hayat bateri yang terlalu pendek? Bateri hanya bertahan selama sejam selepas dicas sepenuhnya? Sekiranya jawapan adan adalah ya anda tidak keseorangan. Masalah ini turut dilaporkan oleh ramai pengguna Surface 3 di seluruh dunia. Microsoft hari ini mengesahkan mereka akan menyiasat masalah bateri yang dialami pengguna.

Surface 3 20150429_115057

Surface 3 menggunakan bateri dari dua pembekal berbeza. Peranti yang dilengkapi bateri yang dikeluarkan oleh syarikat SIMPLO didapati menghadapi masalah mengekalkan caj sekaligus memendekkan tempoh penggunaan. Microsoft menggesa pengguna yang mengalami masalah ini untuk menghubungi pihak khidmat pelanggan. Buat masa ini mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah ini melalui kemas kini perisian. Bilakah ia akan diterima tidak pula diumumkan setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd