Cari @ Amanz

Apple baru sahaja mengeluarkan penyata kewangannya suku ketiga 2016 mereka pagi ini dan ia membawa beberapa kejutan. Ketiga-tiga produk utama mereka iaitu iPhone, iPad dan Mac menunjukkan penyusutan jualan berbanding suku yang sama tahun lalu. iPhone menunjukkan penyusutan terbesar sebanyak 15 peratus. Pengguna yang menantikan kemunculan iPhone 7 adalah faktor utama mengapa jualan telefon pintar mereka ini merudum.

Apple Kewangan Q3 2016

Secara keseluruhan Apple menjual 40.4 juta iPhone, 9.95 Juta iPad dan 4.2 Juta Mac pada suku yang lalu. Jualan pada suku yang sama 2015 pula ialah 47.5 Juta iPhone, 10.9 Juta iPad dan 4.8 Juta Mac. Di dalam laporan yang sama turut dilaporkan jualan di China mengalami penurunan sebanyak 33%. berbanding tahun lalu. Saingan dari peranti keluaran tempatan yang lebih mampu milik seperti Oppo menyumbang kepada angka ini. Seperti yang kami laporkan semalam Oppo adalah pengeluar peranti nombor satu di China bulan lalu dan R9 ialah peranti paling banyak terjual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd