Cari @ Amanz

Xiaomi agak aktif dalam memperkenalkan produk baru akhir-akhir ini. Selepas memperkenalkan Redmi Pro dan juga Xiaomi Mi Notebook Air, kini Xiaomi menjadualkan acara pada 1 Ogos kelak untuk memperkenalkan set realiti-maya mereka tersendiri.

Xiaomi memanggilnya sebagai Xiaomi VR Headset. Buat masa ini, ia masih menjadi misteri berkenaan bagaimana ia akan berfungsi – sama ada akan mempunyai skrin tersendiri, ataupun perlu menggunakan telefon pintar sebagai skrin. Memandangkan Xiaomi menjadualkan acara khusus untuk pengenalan peranti ini, tidak mustahil untuk kita turut melihat Xiaomi mengumumkan beberapa penawaran kandungan untuk paparan realiti-maya untuknya.

Xiaomi VR Headset ini seperti kebanyakkan produk Xiaomi lain, dijangka akan khusus untuk pasaran China sahaja untuk peringkat awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd