Filem Adaptasi The Division Diumumkan – Filem Splinter Cell dan Watch Dogs Turut Dalam Pembangunan

Filem Adaptasi The Division Diumumkan – Filem Splinter Cell dan Watch Dogs Turut Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Ogos 3, 2016 oleh .

Ubisoft mempunyai beberapa permainan komputer yang diadaptasi menjadi filem. Filem Assassin’s Creed akan muncul Disember hadapan dan dibintangi Michael “Magneto” Fassbender. Watak yang dilakonkan beliau ialah watak baru yang hidup di Sepanyol. Selepas Assassin’s Creed sebuah lagi siri permainan komputer Ubisoft akan diadaptasi. Mereka mengesahkan filem The Division akan dihasilkan dan bakal dibintangi Jake Gyllenhaal dan Jessica Chastain.

chastain_gyllenhaal

Sebelum ini Gyllenhall pernah melakonkan watak Putera Dastan di dalam adaptasi filem Prince of Persia yang juga dihasilkan oleh Ubisoft. Maklumat bilakah penggambaran akan dilakukan serta tarikh ia bakal ditayangkan masih belun diketahui. The Division ialah permainan MMO di mana ada menjadi agen The Division dan cuba mengembalikan keamanan selepas New York diserang dengan virus selesema membunuh. Ubisoft turut mengesahkan filem adaptasi Splinter Cell, Ghost Recon, Watch Dogs dan Rabbids  juga dalam proses pembangunan. Sebagai peminat Splinter Cell kami tidak sabar menanti siapakah yang bakal menjadi Sam Fisher. Apakah siri permainan komputer yang anda mahu diadaptasi di layar perak? Kami masih menyimpan harapan filem Command and Conquer Red Alert akan menjadi realiti.


TIPS & ULASAN