Talam Notifikasi HTC Nexus Boleh Diakses Menggunakan Pengimbas Cap Jari
HTC

Talam Notifikasi HTC Nexus Boleh Diakses Menggunakan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Peranti Nexus terkini bakal dihasilkan oleh HTC. Ia diberikan kod nama HTC Sailfish dan Marlin. Ura-ura mengenai rekaan dan spesifikasi mula muncul di arena web tetapi masih belum dapat disahkan. Apa yang diketahui setakat ini ialah antaramuka baru yang tidak lagi mempunyai talam notifikasi. Sebaliknya talam notifikasi boleh diakses dengan melakukan tatalan dari bawah ke atas skrin.

Talam notifikasi pengimbas jari 1

Hari ini sebuah lagi fungsi baru tertiris dan ianya fungsi yang cukup kami gemari pada peranti Huawei. Talam notifkasi pada Nexus Sailfish dan Marlin boleh diakses menggunakan pengimbas cap jari. Pengguna hanya perlu mentatal ke bawah pada permukaan pengimbas cap jari untuk menarik talam notifkasi ke bawah. Google nampaknya tidak segan untuk meminjam inovasi yang diperkenalkan oleh pengeluar peranti Android. Selain fungsi ini, Android Nougat turut akan mempunyai fungsi paparan dua aplikasi serentak Multi Window yang diperkenalkan Samsung.

Apakah fungsi unik pelancar pengeluar lain yang anda mahu dijadikan standard pada Stock Android? Kami amat berharap fungsi Dark Theme Oxygen OS keluaran OnePlus dipinjam Android. Ia membuatkan antaramuka peranti menjadi gelap dan kelihatan lebih bergaya.


TIPS & ULASAN