Cari @ Amanz

LG sebelum ini telah berkongsi mengatakan akan hadir dengan LG V20 pada bulan September akan datang ini. Hari ini, lanjutan daripadanya, LG berkongsi tarikh pengenalannya, iaitu pada 6 September kelak, dan akan dilakukan di San Fransisco.

LG V20 telah mencuri perhatian ramai pengguna sebelum ini, selepas LG mengatakan LG V20 akan menjadi peranti terawal dengan Android 7.0 Nougat. Buat masa ini, masih tiada peranti baru yang dilancarkan dengan sistem operasi berkenaan, dan kebiasaannya peranti Nexus menjadi yang pertama diperkenalkan dengannya.

LG V20

LG V20 dilihat akan menyertakan sokongan grafik Vulkan untuk menikmati permainan video dengan lebih baik, selain menawarkan prestasi bateri yang lama melalui Doze. Fungsi popular Android Nougat seperti membalas mesej terus daripada notifikasi dan sebagainya turut akan hadir pada peranti ini.

Spesifikasi penuh dan maklumat lanjut mengenainya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. LG boleh dikatakan agak kurang aktif dalam menawarkan peranti mereka di Malaysia, dan tidak diketahui lagi sama ada LG V20 ini akan masuk ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd