Cari @ Amanz

Sejak bulan lepas, kita telah melihat beberapa penawaran hadir dalam mengimbau kembali permainan klasik. Selepas NES Classic Edition dan juga Sega Mega Drive, kini Disney pula bekerjasama dengan GOG untuk menawarkan permainan klasik mereka.

Disney 16-bit

Tiga permainan klasik 16-bit ditawarkan oleh Disney melalui laman GOG.com, iaitu permainan Disney The Lion King, Disney Aladdin dan juga Disney The Jungle Book. Ketiga-tiganya membawakan rekaan 16-bit, dan antara permainan yang popular beberapa dekad sebelum ini. Ia juga turut dikemaskini untuk menyokong sistem operasi masa kini, tetapi pada masa yang sama mengekalkan corak permainan, grafik dan juga bunyi.

Bagi anda yang meminati permainan berkenaan, dan ingin memainkannya kembali di komputer anda hari ini, boleh mendapatkan ketiga-tiga permainan ini pada harga $19.98 melalui laman GOG.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd