Asus Zenfone 3 Ultra Dengan Skrin 6.8-inci Berharga RM2599 Di Malaysia

Asus Zenfone 3 Ultra Dengan Skrin 6.8-inci Berharga RM2599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Asus Malaysia telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah keluarga Zenfone 3 untuk pasaran Malaysia hari ini, dan turut tidak ketinggalan adalah telefon pintar dengan skrin bersaiz besar daripada mereka, iaitu Asus Zenfone 3 Ultra.

Asus Zenfone 3 Ultra memfokuskan kepada skrin besar, aiitu 6.8-inci dan juga sokongan audio yang baik melalui penyertaan Dual 5-Magnet Stereo Speakers dan Hi-Res Audio. Peranti ini memfokuskan kepada kebolehan menikmati multimedia melaluinya, disamping menawarkan sokongan kamera seumpama Zenfone 3 Deluxe – iaitu kamera belakang 23-megapixel dengan penstabilan imej optikal dan elektronik.

Asus Zenfone 3 Ultra

Asus Zenfone 3 Ultra

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 652, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Asus turut menyertakan penambah-baikkan pada perisian, termasuk dari segi sokongan kemudahan penggunaan pada sebelah tangan.

Di Malaysia, Asus Zenfone 3 Ultra ini akan dijual pada harga RM2599.


TIPS & ULASAN