Cari @ Amanz

The Lorry merupakan salah satu perkhidmatan daripada syarikat tempatan yang memudahkan pengguna membuat tempahan lori untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. Mereka menyediakan pelbagai saiz lori berbeza yang sesuai dengan produk pengguna, termasuk menyediakan tempahan kenderaan 4×4.

The Lorry

Terkini, The Lorry dilihat sedang menguji aplikasi Android untuk memudahkan lagi proses pengguna untuk membuat tempahan lori. Pengguna hanya perlu memasukkan lokasi untuk mengambil barangan, dan seterusnya destinasi yang dituju. Melalui aplikasi berkenaan, ia akan memaparkan harga anggaran dan jarak perjalanan untuk setiap tempahan saiz lori berbeza – sekaligus membolehkan anda membuat tempahan melalui aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai versi 0.1, dan mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang belum dikenal-pasti lagi. Bagi anda yang berminat dalam membuat tempahan lori, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan menggunakannya dalam membuat tempahan lori untuk pemindahan barangan dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd