Sistem DRM Denuvo Untuk Permainan Komputer Akhirnya Berjaya Dipintas

Sistem DRM Denuvo Untuk Permainan Komputer Akhirnya Berjaya Dipintas

Diterbitkan pada Ogos 10, 2016 oleh .

Sistem Digital Rights Management (DRM) Denuvo ialah yang terbaik di pasaran dan berjaya menghalang permainan popular FIFA 16 dan Just Cause 3 dari dicetak rompak. Kehebatan Denuvo membuatkan pencetak rompak di China menyerah kalah dan meramalkan industri cetak rompak PC akan pupus dalan masa dua tahun. Kenyataan ini dilakukan pada Januari lalu kerana Denuvo dikatakan “tidak mampu dipintas”.

Denuvo-Cetak-Rompak-Tomb-Raider

Tetapi hari ini ia berjaya dipintas oleh Voksi, seorang penggodam dari Bulgaria. Kini permainan Rise of The Tomb Raider yang menggunakan Denuvo mula dikongsi di laman Torrent. Kejayaan Voksi membuktikan ramalam kami bahawa sistem DRM yang benar-benar kalis pintasan tidak wujud kerana kepintaran penggodam yang bekerja keras mencari kelemahannya. Tetapi ingat sekiranya anda mengaku seorang gamer sebenar, jauhi dari cetak rompak. Ia hanya menjahanamkan masa depan syarikat yang menghasilkan permainan kegemaran anda.


TIPS & ULASAN