Cari @ Amanz

Di Wilayah Persekutuan umat Islam disarankan supaya menjauhi permainan Pokemon Go. Kedah mengambil tindakan lebih berat dengan memfatwakannya haram hari ini. Keputusan diambil selepas mesyuarat diadakan di antara 10 ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang berlangsung di pejabat Anak Bukit. Ini sekaligus menjadikan Kedah negeri pertama di Malaysia yang mengharamkan Pokemon Go.

Pokemon-Go-1a

Datuk Syeikh Muhamad Baderudin, Mufti Kedah dipetik berkata, “Kita bimbang permainan ini akan memberi impak negatif kepada kanak-kanak kerana mungkin mereka percaya bahawa watak Pokemon ini boleh membuat perkara ajaib sedangkan perkara-perkara yang di luar keupayaan kita hanya Allah sahaja yang berkuasa,”

“Kami dapati bahawa kemudaratan yang tercetus daripada permainan Pokemon GO ini adalah lebih besar,”

Pada waktu yang sama beliau menggesa pihak berwajib menyekat akses kepada aplikasi ini kerana fatwa haram semata-mata tidak akan menghalang umat Islam dari terus memainkannya. Kontroversi Pokemon GO ini nampaknya mencapai tahap serius. Kepada yang ingin terus bermain kami berharap anda sentiasa mementingkan keselamatan supaya tidak memudaratkan diri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd