Carian
Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone 7 Pada 7 September
August 11, 2016 Aman

Menjelang September, semestinya ramai yang menantikan pengenalan telefon pintar terbaru daripada Apple. Untuk tahun ini, ramai yang menantikan iPhone 7 daripada Apple. Beberapa info berkaitan dengannya telah pun sedia tertiris, dan kini, selari dengan laporan sebelum ini, ia dikatakan Apple akan memperkenalkan iPhone generasi baru pada 7 September 2016 kelak.

iPhone 7 dikatakan akan menyertakan butang Home dengan sokongan tindak-balas haptik, selain turut dikatakan tidak akan menyertakan audio-jack. Disamping itu, Apple turut dikatakan akan hadir dengan variasi iPhone yang menyertakan dwi-kamera.

Sekiranya benar Apple memilih 7 September 2016 untuk pengenalan iPhone 7, maka mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya secara rasmi daripada Apple dalam minggu-minggu akan datang. Selain Apple, Sony juga turut menjadualkan acara PlayStation pada 7 September akan datang.

Perbezaan waktu : Tarikh Malaysia adalah 8 September.

Komen