Spotify Memperkenalkan Portal Untuk Gaming, Dengan Senarai Lagu Untuk Di Dengar Ketika Bermain

Spotify Memperkenalkan Portal Untuk Gaming, Dengan Senarai Lagu Untuk Di Dengar Ketika Bermain

Diterbitkan pada Ogos 12, 2016 oleh .

Dengan arena e-sukan dan gaming yang semakin popular dari hari ke hari, kini Spotify turut tidak ketinggalan untuknya. Terkini, mereka telah hadir dengan sebuah portal khusus yang dinamakan sebagai Spotify Gaming.

Spotify Gaming

Melalui Spotify Gaming, pihak Spotify menyasarkan mereka yang aktif bermain permainan video, dan inginkan mereka untuk mendengar lagu daripada Spotify ketika sedang bermain permainan video kegemaran mereka.

Portal Spotify Gaming ini menyenaraikan sejumlah senarai lagu-lagu daripada Spotify dan juga kurator jemputan. Laman khusus ini juga memudahkan lagi penemuan lagu-lagu berkaitan dengan permainan dibawah satu kategori.

Bagi anda yang aktif mendengar Spotify, mungkin anda boleh menyemak Spotify Gaming hari ini, dan menambah senarai lagu ini untuk didengar ketika sesi PlayStation anda.

Layari : Spotify Gaming


TIPS & ULASAN