Perabot IKEA Dengan Pengecas Tanpa Wayar Terbina Memasuki Pasaran Malaysia

Perabot IKEA Dengan Pengecas Tanpa Wayar Terbina Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 24, 2016 oleh .

Mac tahun lalu IKEA melancarkan perabot dengan pengecas tanpa wayar terbina mereka. Pengecas yang menyokong format pengecasan Qi ini dintegrasikan ke dalam lampu dan meja mereka. Ini sekaligus mengurangkan masalah wayar berselirat di rumah. Selepas menanti lebih setahun, akhirnya koleksi perabot dan pengecas tanpa wayar ini memasuki pasaran Malaysia.

IKEA pengecas_001

Ia disenaraikan di dalam katalog IKEA 2017 yang akan dilancarkan esok. Antara yang ditawarkan ialah lampu meja RIGGAD, meja sisi katil NORDLI dan sistem pengecasan tanpa tanpa wayar tiga serangkai NORDMĂ„RKE. Harga jualan perabot dan alat pengecas ini bermula dari RM 129. Kami kini amat teruja dan tidak sabar untuk membeli memandangkan beberapa peranti yang kami miliki menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.


TIPS & ULASAN