Honor 8 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 September

Diterbitkan pada Ogos 26, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran khas bagi peranti Honor 8. Ia dijadualkan pada 6 September 2016 ini, dimana kita bakal mengetahui lebih lanjut mengenai harga jualan dan tarikh jualannya di Malaysia.

Honor8_008

Honor 8 merupakan telefon pintar terkini daripada Honor yang hadir dengan rekaan yang kemas, menggunakan skrin 5.2-inci dengan resolusi 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori 4GB RAM, kamera belakang dwi-lensa 12-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel.

Beberapa desas-desus mengatakan harga jualannya mungkin mencapai sekitar antara RM1600 hingga RM1800. Seperti biasa, kita akan mendapat jawapan rasminya ketika acara pelancarannya kelak yang dijadualkan dalam dua minggu lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami