Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Hibrid – Lenovo MIIX 510

Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Hibrid – Lenovo MIIX 510

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

Lenovo pada tahun lepas telah hadir dengan jawapan mereka untuk Microsoft Surface melalui Miix 700. Terkini, hari ini bersempena dengan IFA 2016, Lenovo turut mengumumkan kemaskini untuknya melalui pengenalan Lenovo MIIX 510.

Lenovo MIIX 510

Mengekalkan rekaan hibrid – dimana boleh digunakan sebagai tablet, dan digabungkan bersama papan kekunci untuk mengubanya menjadi komputer riba. Lenovo MIIX 510 hadir dengan skrin bersaiz 12.2-inci pada resolusi 1920×1200 pixel. Disamping itu, ia turut menyertakan kaki (kickstand) yang boleh dilaraskan 150-darjah, supaya pengguna boleh menggunakannya pada keselesaan sama ada ketika melakar, menaip atau menikmati media.

Lenovo MIIX 510

Lenovo MIIX 510

Menjana peranti hibrid ini adalah cip Intel Core generasi ke-6, selain memori sehingga 8GB RAM dan ruangan storan sehingga 1TB SSD, serta port USB-C.

Lenovo menyasarkan untuk memasarkannya bermula bulan Oktober kelak, pada harga bermula $599 (~RM2456).


TIPS & ULASAN