Huawei MediaPad M3 Diperkenalkan Dengan Skrin 2K Dan Sokongan Audio Yang Baik

Huawei MediaPad M3 Diperkenalkan Dengan Skrin 2K Dan Sokongan Audio Yang Baik

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

Bersama-sama pengenalan telefon pintar baru dibawah siri NOVA, Huawei juga turut memperkenalkan satu lagi tablet terkini dibawah penawaran mereka yang memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati multimedia melaluinya.

Dinamakan sebagai MediaPad M3, ia hadir dengan skrin 8.4-inci pada paparan resolusi 2K. Ini membolehkan anda menikmati pelbagai video dan gambar pada paparan yang jelas – apatah lagi dilengkapi dengan sokongan audio berteknologi Harman Kardon.

Huawei MediaPad M3

Menjana tablet ini adalah cip Kirin 950, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 5100mAh untuk masa penggunaan yang lama.

Huawei menyasarkan untuk memasarkan tablet ini disejumlah negara, termasuk Malaysia pada penghujung September 2016 atau Oktober 2016 ini.


TIPS & ULASAN