Carian
Google Mengesahkan Penangguhan Pembangunan Project Ara – Telefon Pintar Modular
September 3, 2016 Aman

Semalam, laporan awal dari Reuters telah hadir mengatakan Google akan menangguhkan pembangunan telefon pintar modular mereka, dan tidak akan memasarkan produk berkenaan seperti yang dirancang sebelum ini. Hari ini, jurucakap Google dilihat telah mengesahkan perkara berkenaan melalui komen yang diberikan kepada VentureBeat.

Project Ara telah dalam pembangunan selama tiga tahun, dan ia telah diperlihatkan beberapa kali – termasuk mengumumkan beberapa rakan kerjasama.

Project Ara Spiral 2

Project Ara merupakan projek pembangunan telefon modular yang ingin mengurangkan sampah elektronik, selain menawarkan kemudahan menaik-taraf telefon pintar – lebih kurang seumpama desktop, dimana pengguna hanya perlu membeli komponen atau modul baru untuk menaik-taraf sesuatu perkara.

Menurut laporan Reuters semalam, Google dikatakan mungkin bekerjasama dengan beberapa pihak lain dalam melesenkan teknologi Project Ara ini.

Komen