Carian
Razer Blade Stealth Dikemaskini Dengan Cip Pemprosesan Kaby Lake
September 3, 2016 Aman

Bersama-sama pengenalan kemaskini untuk Razer Blade, pihak Razer juga turut mengemaskini satu lagi keluarga komputer riba mereka yang popular, iaitu Razer Blade Stealth yang bersaiz 12.5-inci. Komputer riba ini ditujukan kepada para pengguna muda dan juga pelajar yang inginkan rekaan yang elegan, disamping prestasi pemprosesan terbaik.

Razer Blade Stealth

Razer Blade Stealth yang dikemaskini ini menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ketujuh, dilengkapi memori sehingga 16GB, selain pilihan ruangan storan sehingga 1TB SSD.

Melengkapkan komputer riba ini adalah skrin 12.9-inci dengan paparan pilihan QHD (2560×1440) ataupun UDH (3840×2160), serta menyertakan USB-C. Walaubagaimanapun, berbeza dengan Razer Blade yang menggunakan kad grafik tersendiri, Razer Blade Stealth pula hanya dijana menggunakan Intel HD Graphics 620 sahaja. Namun, pengguna boleh menghubungkan ia kepada Razer Core untuk kuasa grafik tambahan.

Razer Blade Stealth

Komputer riba ini membawakan masa penggunaan bateri lebih lama, dan Razer mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam lamanya.

Komputer riba berasaskan Windows 10 ini dipasarkan pada harga $999 (~RM4085).

Komen