Honor 8 Dengan Dwi-Kamera Dilancarkan Di Malaysia- Harga Bermula RM1699

Honor 8 Dengan Dwi-Kamera Dilancarkan Di Malaysia- Harga Bermula RM1699

Diterbitkan pada Sep 6, 2016 oleh .

Hari ini, Honor Malaysia telah melancarkan Honor 8 secara rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1699. Peranti ini dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD 1080P, diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 950 dan dipadankan pula dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD ialah sehingga 256 Gigabyte. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano. Bercakap mengenai SIM, Honor 8 menyokong dua SIM bersaiz nano.

Honor 8

Menjadi fokus oleh Honor untuk Honor 8 ini adalah rekaan peranti berkenaan yang kini lebih selesa dipegang di tangan, menggunakan rekaan kaca depan dan belakang, selain turut menyertakan kamera berkembar dibelakang. Honor menekankan kepada rekaan astetik berasaskan kepada Aurora yang menawarkan pantulan cahaya berbeza mengikut pandangan dari sudut berbeza.

Honor8_008

Honor 8 menggunakan kemampuan optik kamera berkembar 12-Megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dengan sistem pemfokusan laser. Seperti pada P9, sensor pertama berwarna manakala sensor kedua pula adalah monokrom. Namun, tiada mod khusus untuk rakaman monokrom seperti pada Huawei P9, tetapi sensor ini lebih kepada merakamkan gambar dan menawarkan warna yang jitu. Pada waktu yang sama pemfokusan semula boleh dilakukan selepas gambar diambil.

Pada bahagian belakang Honor 8 pula adalah pengimbas cap jari yang turut hadir dengan rekaan boleh klik untuk menggunakannya sebagai SmartKey seperti pada Honor 7 sebelum ini. Dibahagian atas pula, sokongan infrared disertakan untuk memudahkan pengguna mengawal peralatan elektronik di rumah.

Honor 8

Di Malaysia dua model ditawarkan oleh Honor Malaysia, iaitu Honor 8 32GB yang hadir dengan 4GB RAM pada harga RM1699. Model dengan storan 64GB pula ditawarkan pada harga RM1899.

Honor 8 Malaysia

Honor 8 Malaysia

Honor akan mula menjualnya bermula hari Khamis ini di Malaysia, dan ditawarkan melalui Lazada, SenQ dan juga laman Honor sendiri di VMall.MY. Melalui penyenaraian di Lazada, Honor menawarkan Honor SS Band dan kerangka luar secara percuma untuk pembelian model 64GB, sementara untuk pembelian model 32GB ia hadir dengan SelfieStick, Powerbank dan juga kerangka-luar.

Honor8_002

Baca : Pandang Pertama Honor 8

Beli : Honor 8 32GB di Lazada atau 64GB di Lazada


TIPS & ULASAN