Cari @ Amanz

Pemilik Huawei P8 Lite Terselamat Selepas Peranti Menyerap Dua Das Tembakan

Link Copied!

Kalis peluru bukanlah fungsi tambahan yang diiklankan oleh pengeluar peranti. Tetapi kes peranti menyelamatkan pemilik kerana menyerap tembakan sudah beberapa kali berlaku. Sebelum ini seorang pemuda terselamat selepas sebuah Galaxy S6 menyerap serpihan bom ketika serangan pengganas di Paris. Kini tiba giliran Huawei P8 Lite menyelamatkan nyawa pemiliknya yang ditembak sebanyak dua kali.

SIraaj p8 Lite

Siraaj Abrahams  yang berasal dari Cape Town Afrika Selatan dirompak ketika pulang ke rumah. Dua orang perompak kemudian menyerang dan menembak beliau pada bahagian dada. Nyawa beliau masih panjang dan kedua-dua peluru berjaya diserap peranti milik beliau yang diletakkan pada poket jaket yang dipakai. Pihak Huawei Afrika Selatan telah menggantikan P8 Lite yang musnah dengan sebuah P9 Lite. Kes seperti ini membuatkan kami bersyukur kerana Malaysia masih aman.


Komen ()