Ini Cara Untuk Mengecas iPhone 7 Dan Menggunakan Fon Telinga Berwayar Secara Serentak

Ini Cara Untuk Mengecas iPhone 7 Dan Menggunakan Fon Telinga Berwayar Secara Serentak

Diterbitkan pada Sep 9, 2016 oleh .

Keputusan Apple untuk tidak lagi menyertakan bicu audio 3.5mm mendapat reaksi yang negatif dari kebanyakan pengguna. Sungguhpun mereka menyertakan penyesuai Lightning kepada 3.5 mm dengan setiap pembelian, adalah masih mustahil untuk mengecas peranti dan menggunakan fon telinga berwayar secara serentak. Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan membeli dok khas keluaran Apple.

apple-lightning-dock-1

iPhone Lightning Dock ialah jawapan kepada masalah ini. Ia mempunyai satu bicu audio 3.5mm dan sebuah port Lightning pada bahagian hadapan. Apabila iPhone 7 diletakkan di atas dok, ia akan turut dicas. Buat masa ini satu-satunya aksesori rasmi Apple yang membolehkan ini dilakukan dan ia dijual pada harga RM229 sebuah. Malaysia bukan negara terawal menerima iPhone 7. Kami yakin apabila ia memasuki pasaran tempatan kelak beberapa aksesori dan kerangka dari pihak ketiga yang menggunakan sistem yang sama akan mula dijual.


TIPS & ULASAN