Malaysia Airlines Dan AirAsia Tidak Membenarkan Penggunaan Galaxy Note 7 Dalam Penerbangan

Malaysia Airlines Dan AirAsia Tidak Membenarkan Penggunaan Galaxy Note 7 Dalam Penerbangan

Diterbitkan pada Sep 10, 2016 oleh .

Sejumlah penerbangan telah mula menghalang penggunaan telefon pintar Galaxy Note 7 dalam penerbangan – disebabkan oleh masalah peranti berkenaan yang tidak begitu stabil dan telah mencatatkan beberapa kes terbakar baru-baru ini.

Lanjutan daripadanya, hari ini, Malaysia Airlines turut mengumumkan yang mana Samsung Galaxy Note 7 tidak boleh digunakan dalam penerbangan – sama ada menjalankan peranti berkenaan ataupun mengecasnya.

Samsung Galaxy Note 7

Samsung sendiri telah mengambil langkah awal untuk masalah ini dan telah mengumumkan penarikkan semula peranti berkenaan di pasaran. Di Malaysia, Samsung Malaysia akan memulakan proses gantian Galaxy Note 7 ke unit baru bermula daripada 29 September 2016 ini. Proses gantian ini adalah lebih kepada peranti pra-tempah sahaja, memandangkan Samsung masih belum melancarkan telefon pintar berkenaan secara rasminya di Malaysia buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan Samsung Galaxy Note 7, mungkin anda boleh membawa peranti alternatif sekiranya ingin bercuti ke luar negara dengan menaiki kapal terbang – memandangkan sebarang insiden di udara boleh membahayakan ramai nyawa.


Dikemaskini : Bersama-sama langkah pihak Malaysia Airlines, AirAsia turut telah mengumumkan perkara sama yang tidak membenarkan pengguna menggunakan atau mengecas Galaxy Note 7 dalam penerbangan mereka untuk sementara waktu ini.


TIPS & ULASAN