Honor 8 telah dijual di Malaysia sejak 6 September yang lalu. Peranti ini dilengkapi dwi-kamera seperti Huawei P9 dengan tubuh kaca yang menarik. Dengan harga jualan RM 1699, ianya mungkin sedikit mahal berbanding peranti yang dihasilkan Honor sebelum ini. Kepada yang menanti peranti lebih mampu milik, Honor 6X mungkin akan menarik minat anda.
Rekaan Honor 6X tertiris selepas ia disenaraikan di dalam laman pensijilan TENAA di China. Seperti Honor 8, 6X turut dilengkapi dwi-kamera tetapi pada orientasi menegak. Spesifikasi masih lagi misteri tetapi dijangka mengekalkan skrin 5.5″ seperti Honor 5X, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan Storan 32 Gigabyte. Tahun lalu Honor 5X dilancarkan pada bulan Oktober jadi kemungkinan besar 6X turut akan dilancarkan bulan hadapan.