LG G5 Kini Di Malaysia Pada Harga RM2699 – Peranti LG Dengan Rekaan Modular
LG

LG G5 Kini Di Malaysia Pada Harga RM2699 – Peranti LG Dengan Rekaan Modular

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

LG boleh dikatakan agak kurang memfokuskan pasaran tempatan berbanding pengeluar peranti yang lain. Kini, setelah sekian lama LG G5 diperkenalkan, hari ini ia telah pun ditawarkan oleh para penjual tempatan melalui pengedar rasmi Zitron Malaysia.

LG G5

LG G5 merupakan peranti pertama daripada pihak LG yang hadir dengan rekaan sedikit modular, membolehkan pengguna membuat beberapa penambahan dan perubahn – termasuk dari segi penggunaan modul kamera, speaker dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, LG G5 hadir dengan skrin 5.3-inci pada resolusi 2560×1440 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang gabungan 16-megapixel dan 8-megapixel, sementara kamera hadapan 8-megapixel.

LG G5

LG G5

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh dapatkan LG G5 ini daripada para pengedar rasmi tempatan. Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan jaminan rasmi setahun daripada Zitron Malaysia.

Baca : Pandang Pertama LG G5


TIPS & ULASAN