Carian
LeEco Le Pro 3 Dilancarkan Dengan Snapdragon 821 Dan Tiada Bicu Audio
September 21, 2016 • Effi Saharudin

LeEco ialah pengeluar pertama yang tidak menyertakan bicu audio pada peranti keluaran mereka iaitu Le Max 2, Le 2 dan Le Pro 2. Mereka baru sahaja melancarkan sebuah lagi peranti utama yang menjejaki langkah tiga peranti ini. LeEco Le Pro 3 dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4/6 Gigabyte dan storan 32/64/128 Gigabyte. Tiada sokongan kad MikroSD disertakan.

leeco-le-pro-1

Dari segi optik ia dilengkapi kamera utama 16-Megapixel  f/2.0 dengan PDAF dan kamera selfie 8-Megapixel. Menarik sekali ialah bateri sebesar 4070 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 menerusi port USB-C. Peranti ini hadir dengan fon telinga sambungan USB-C.

Sistem audio Continual Digital Lossless Audio (CDLA) mereka dikatakan memberikan kualiti audio yang tinggi. Le Pro 3 menggunakan pelancar eUI 5.8 yang berasaskan Android Marshmallow. Harga jualan bermula RMB 1799 (~RM 1122) untuk versi 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

Komen