Kerusi Panduan Automatik Nissan ProPILOT Chair Memudahkan Pengguna Beratur Menunggu Giliran

Kerusi Panduan Automatik Nissan ProPILOT Chair Memudahkan Pengguna Beratur Menunggu Giliran

Diterbitkan pada Sep 28, 2016 oleh .

Sistem panduan automatik ProPILOT kini digunakan pada Nissan Serena 2017. Dengan teknologi ini, kenderaan mampu memandu secara automatik di lebuh raya. Menjelang 2020, Nissan berharap ia akan mampu memandu kenderaan secara automatik walaupun di dalam kawasan perumahan. Teknologi ini digunapakai untuk menghasilkan kerusi panduan automatik ProPILOT Chair.

Kerusi ini bergerak dengan sendiri apabila menyedari tiada lagi individu duduk di atasnya. Ia sesuai digunakan di luar kedai untuk pelanggan yang beratus menunggu giliran. Mereka tidak perlu berganjak ke hadapan sebaliknya ProPILOT Chair akan bergerak sendiri untuk mengisi kekosongan. Kerusi yang kini kosong akan segera bergerak ke hujung baris untuk digunakan pelanggan seterusnya.

Ia akan diuji sehingga Disember ini sebelum dijual kepada beberapa restoran terpilih di Jepun. ProPILOT Chair ini ciptaan bijak yang sesuai digunakan untuk pembeli iPhone 7 yang memang terkenal sanggup beratur untuk peranti idaman mereka.

nissan-pro-pilot-1


TIPS & ULASAN