Carian
Sokongan Paparan Lirik Di Spotify Kembali – Memulakan Operasi Di Jepun Buat Masa Ini
September 29, 2016 Effi Saharudin

Fungsi paparan lirik pada aplikasi desktop Spotify dihentikan Jun lalu. Fungsi paparan lirik dihentikan selepas MusixMatch menghentikan kerjasama mereka dengan perkhidmatan penstriman muzik terbesar di dunia ini. Fungsi paparan lirik kini kembali semula untuk desktop dan peranti mudah alih Spotify. Walaubagaimanapun ia terhad untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

MusicMatch-Spotify-3

Pada waktu yang sama Spotify turut memulakan operasi mereka di Jepun hari ini. Buat masa ini mereka hanya memberikan penawaran kepada pengguna yang menerima jemputan khas dengan bayaran bulanan Yen 980 (~RM40). Antaramuka paparan lirik terkini ini tidak pula diperlihatkan oleh pihak Spotify.

Sebagai penggemar pengguna tegar Spotify, kami berharap fungsi paparan lirik ini boleh diakses oleh pengguna di luar Jepun dalam masa terdekat. Sesi karaoke di pejabat tidak lagi sama selepas fungsi ini dihentikan.

Komen