Sony Xperia XZ Berharga RM2699 Di Malaysia – Pra-Tempahan Bermula Esok

Sony Xperia XZ Berharga RM2699 Di Malaysia – Pra-Tempahan Bermula Esok

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Sony Malaysia akan melancarkan Xperia XZ secara rasminya pada pagi esok, tetapi seperti biasa, info awal mengenai peranti berkenaan telah pun mula tertiris. Daripada maklumat awal yang kami terima, telefon pintar Sony Xperia XZ ini akan dijual pada harga RM2699 di Malaysia.

Sony Xperia XZ

Pra-tempahan untuk peranti ini boleh dilakukan bermula daripada awal pagi esok di pelbagai kedai Sony seluruh negara. Pada harga ini, ia boleh dikatakan mungkin mengejutkan ramai peminat Sony terutamanya, memandangkan Sony sentiasa meletakkan harga yang tinggi untuk produk mereka akhir-akhir ini.

Xperia XZ_005

Xperia XZ_006

Xperia XZ membawakan saiz skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, kamera belakang dengan sokongan tiga-axis 23-megapixel, dan kamera hadapan 13-megapixel. Seperti peranti Sony lain, ia turut melengkapkan peranti Xperia XZ ini dengan sokongan kalis air dan juga NFC.

Buat masa ini, kami masih tidak ketahui akan mengenai penawaran Xperia X Compact – dan mungkin akan terjawab secara rasminya esok. Bersama-sama dengan ini juga, pihak Sony telah mengemaskini harga jualan untuk Xperia X, dimana kini ia ditawarkan pada harga RM2199.

Baca : Pandang Pertama Xperia XZ


TIPS & ULASAN