Sony Xperia X Compact Berharga RM1999 Di Malaysia

Sony Xperia X Compact Berharga RM1999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 30, 2016 oleh .

Selain daripada Sony Xperia XZ, hari ini pihak Sony Malaysia telah melancarkan secara rasminya telefon pintar bersaiz kompak mereka, iaitu Sony Xperia X Compact. Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1999.

Xperia X Compact

Xperia X Compact merupakan peranti bersaiz kompak yang menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi beberapa kelebihan daripada Sony – termasuk pengoptimasian pada bahagian bateri, dan menggunakan kamera dengan teknologi Triple Image Sensing.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 4.6-inci pada paparan 720p, dijana menggunakan cip SNapdragon 650, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan terbina 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Melengkapkan peranti ini adalah sokongan kamera 23-megapixel pada bahagian belakang dengan sensor Exmor RS, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Sony Malaysia akan mula menawarkan telefon pintar ini bermula daripada 7 Oktober kelak, dan berbeza dengan Xperia XZ yang hadir dengan sokongan dwi-SIM, Xperia X Compact hanya hadir dengan sokongan satu SIM sahaja.


TIPS & ULASAN