Samsung Menjadualkan Semula Pengeluaran Note 7 Untuk Sementara Waktu

Samsung Menjadualkan Semula Pengeluaran Note 7 Untuk Sementara Waktu

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Berita yang tidak mengejutkan pagi ini. Laman berita Yonhap News Agency melaporkan Samsung akan menghentikan pengeluaran Note 7. Tindakan ini diambil selepas tiga peranti gantian yang sepatutnya selamat meletup minggu lalu. Kes terkini melibatkan seorang pengguna di Taiwan di mana peranti meletup di dalam poket ketika ia tidak dicas. Sebelum ini kami turut melaporkan Note 7 meletup di dalam poket penumpang sebuah pesawat di Amerika Syarikat.

Kesemua masalah peranti meletup sebelum ini berlaku ketika peranti sedang dicas. Masalah letupan baru ini masih belum diketahui sebabnya. Pihak Samsung pada minggu lepas telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka sedang mengkaji dan melihat kepada masalah baru ini.

Kemaskini – Pihak Samsung Malaysia telah berkongsi info lanjut, mengatakan mereka sedang melaraskan kembali pengeluaran Galaxy Note 7 untuk sementara waktu dalam memastikan kualiti dan keselamatan peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN