Honor 6X Bakal Dilancarkan Di China Pada Minggu Hadapan

Honor 6X Bakal Dilancarkan Di China Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 10, 2016 oleh .

Honor merupakan salah satu jenama yang sedang meningkat popular dari hari ke hari disebabkan oleh penawaran peranti pada harga kompetitif. Terkini, pihak Honor dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Honor 6X.

Honor di China menjadualkan sebuah acara pada 18 Oktober 2016 ini untuk memperkenalkan Honor 6X ini secara rasminya.

honor-6x-tertiris

Daripada apa yang tertiris sebelum ini, Honor 6X dilihat akan menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang, selain dijana berasaskan kepada cip Snapdragon 625. Ia turut dilihat akan menggunakan USB Type-C, dan menyertakan sokongan pengimbas cap jari.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran Honor 6X ini pada minggu hadapan, dan melihat apakah ciri tambahan yang dibawakan melalui peranti ini dengan menggunakan dwi-kamera belakang.


TIPS & ULASAN