Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 7 dihentikan jualannya secara rasmi oleh Samsung semalam. Sebelum ini ia  dijangka dijual sebanyak 14 Juta unit pada suku kedua 2016. Kini wujud vakum di pasaran untuk peranti premium berspesfikasi tinggi. Brian White, seorang penganalisa dari firma Drexel Hamilton kini meramalkan kekosongan ini akan diisi oleh iPhone 7. Jualan peranti ini dijangka meningkat sebanyak 8 Juta unit berbanding ramalan asal.

iPhone 7 Plus ialah pesaing terhampir kepada Note 7 dengan beberapa persamaan. Kedua-duanya mempunyai rekaan yang premium serta mempunyai fungsi kalis air serta debu. Sejak Note 7 dilaporkan bermasalah, jualan iPhone 7 dilihat meningkat dengan mendadak. Jelas sekali bagi pengguna yang berada iPhone ialah pilihan yang terbaik sebagai peranti gantian. Apa pula pendapat anda? Adakah iPhone 7 peranti gantian tebaik atau wujud alternatif yang lebih mampu milik?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd