Carian
Harga Jualan iPhone 7 Di Malaysia Kedua Termurah Di Rantau Asia Tenggara
October 13, 2016 Effi Saharudin

Tengah malam ini akhirnya peminat Apple di Malaysia akan menerima iPhone 7 dan 7 Plus yang amat mereka nantikan. Acara pelancaran rasmi diadakan oleh kesemua syarikat telekomunikasi utama Malaysia. Harga jualan peranti premium ini memang umum diketahui kurang mampu milik. Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya tentang perbandingan harga jualan apabila di antara negara-negara rantu Asia Tenggara?

Infografik di bawah akan menjawab persoalan ini dan purata tempoh masa bekerja yang perlu dilakukan bagi memilikinya. Singapura adalah yang paling murah apabila harga jualan ditukar ke Dollar Amerika Syarikat diikuti oleh Malaysia. Kami amat terkejut dengan harga jualan di Thailand. Berapa ramaikah pembaca Amanz yang akan menerima iPhone 7 malam ini?

harga-iphone-7-malaysia-iprice

Komen